Hamas dakwa bekerjasama dengan orang tengah bebaskan tebusan asing
Agensi
Oktober 20, 2023 06:45 MYT
Oktober 20, 2023 06:45 MYT
PASUKAN Hamas dari Palestin mendakwa, mereka sedang bekerjasama dengan orang tengah dalam usaha membebaskan tebusan warganegara asing.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus pembebasan dua tebusan wanita warga Amerika Syarikat pada Jumaat, Hamas berkata, ketika ini mereka sedang berurusan dengan orang tengah yang terdiri daripada wakil dari negara Mesir, Qatar dan beberapa "negara yang mesra" dengannya.
"Komitmen kami kekal teguh apabila kami berusaha untuk melaksanakan keputusan membebaskan individu-individu warganegara asing yang berada dalam tahanan sementara, sejauh mana keadaan keselamatan membenarkan," ujar Hamas lagi. - Agensi