Hamas dakwa '200 hingga 250' tebusan Israel ditahan di Gaza
Agensi
Oktober 16, 2023 05:00 MYT
Oktober 16, 2023 05:00 MYT
GAZA: Jurucakap bagi sayap tentera Hamas mendakwa, terdapat "sekitar 200 hingga 250" tawanan Israel yang ditahan di Gaza, menurut agensi berita Reuters.
Menurut Hamas dalam video yang direkodkan, mereka mempunyai "kira-kira 200" tawanan, manakala yang lain ditahan oleh "kumpulan bersenjata lain."
Dakwa kumpulan berkenaan, tawanan-tawanan tersebut diuruskan mengikut etika dan undang-undang kemanusiaan.
Kata Hamas, mereka mempunyai tawanan "dari bangsa lain yang merupakan tetamu" dan mereka akan "melepaskannya apabila keadaan membenarkan."
Portal berita BBC, bagaimanapun, belum memperoleh sebarang pengesahan mengenai dakwaan ini.
Hamas sebelum ini mendakwa, mereka telah menyembunyikan tawanan di "tempat selamat dan terowong" di dalam Gaza, tetapi mengancam akan membunuh mereka jika rumah orang-orang awam Palestin diserang oleh Israel tanpa amaran. - Agensi