Hamas bebaskan dua lagi tawanan

Agensi
Oktober 23, 2023 06:15 MYT
Dari kiri Yocheved Lifshitz dan Nurit Cooper - dua tawanan warganagera Israel yang dibebaskan oleh Hamas. - Gambar AP
GAZA: Pasukan pejuang Hamas mengumumkan mereka telah membebaskan dua lagi tawanan.
Menurut sayap tentera Hamas, Briged Qassam, pembebasan kedua-dua tawanan itu, Nurit Cooper, 80, dan Yocheved Lifshitz, 85, hasil daripada rundingan bersama wakil dari kerajaan Mesir-Qatar.
Pelbagai media antarabangsa melaporkan perkembangan terbaharu ini dengan memetik kenyataan Qassam yang dikongsi di aplikasi Telegram.
"Kami memutuskan untuk membebaskan mereka atas sebab-sebab kemanusiaan dan kesihatan," tambahnya.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyifatkan tawaran itu sebagai "propaganda pembohongan Hamas."
Dengan pengumuman terkini ini, ia menjadikan jumlah tawanan yang dibebaskan setakat ini ialah seramai empat orang daripada jumlah keseluruhan yang dianggarkan seramai 222 orang.
Pada Jumaat lalu, Hamas membaskan dua wanita berdarah Amerika-Israel yang juga pasangan ibu dan anak, Judith dan Natalie Raanan.
Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa Israel mengesahkan pembebasan dua rakyatnya yang terdiri daripada warga emas iaitu Nurit Cooper, 80, dan Yocheved Lifshitz, 85.
Bagaimanapun, suami kedua-dua wanita itu masih dalam tawanan Hamas.
Sementara itu, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) pula memaklumkan, mereka membantu menyelaraskan pembebasan dua tebusan berkenaan termasuk memindahkan mereka keluar dari Gaza petang ini.
Menerusi hantaran di akaun X, pertubuhan kemanusiaan itu berkata, sebagai pihak berkecuali, ICRC akan memastikan kelancaran tugas berkenaan selain bersedia membantu menyelaraskan pembebasan lebih ramai lagi tawanan pada masa-masa akan datang.
“Harapan kami, mereka (tawanan) akan kembali ke pangkuan keluarga tersayang dalam masa terdekat,” kata ICRC lagi.

We facilitated the release of 2 more hostages, transporting them out of #Gaza this evening. Our role as a neutral intermediary makes this work possible & we are ready to facilitate any future release. We hope that they will soon be back with their loved ones.

— ICRC (@ICRC) October 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Perang Palestin-Israel #Hamas #dua tawanan dibebaskan #israel serang gaza
;