Hakim Mahkamah Agung AS meninggal dunia

Astro Awani
September 19, 2020 06:52 MYT
Ginsburg merupakan individu tertua dalam kalangan sembilan hakim mahkamah agung. - Foto AP
HAKIM Mahkamah Agung Amerika Syarikat, Ruth Bader Ginsburg, meninggal dunia pada usia 87 tahun pada Jumaat.
Penggantian jawatan itu dijangka menjadi pertikaian ahli politik menjelang kemuncak kempen pemilihan Presiden Amerika.
Ikon perjuangan kesaksamaan gender dan hak asasi wanita itu meninggal dunia akibat kanser pankreas.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir ketika bersama ahli keluarganya di Washington DC.
Dikenali sebagai 'Notorious RBG', Ginsburg merupakan individu tertua dalam kalangan sembilan hakim mahkamah agung.
Berbaki 46 hari sebelum pemilihan Presiden Amerika, kehilangannya mencetuskan persoalan sama ada seorang calon pengganti akan dinamakan oleh Presiden Donald Trump atau dibiarkan kosong sehingga presiden baharu Amerika ditentukan pada November depan.
Trump menerusi Twitter bagaimanapun memberi bayangan bahawa seorang calon bagi mengisi jawatan mendiang akan dinamakan dalam masa terdekat.
#Amerika Syarikat #AS #calon #Donald Trump #hak asasi #hakim #kanser #kesaksamaan gender #mahkamah #Mahkamah Agung #meninggal dunia #pemilihan #politik #presiden #Ruth Bader Ginsburg #Twitter #wanita #Washington
;