Hakim arahkan pesalah hafaz ayat Quran kerana hina Maryam

Ili Hadri Khalil
Februari 14, 2018 14:13 MYT
Hukuman yang dijatuhkan kepada tiga orang Islam atas kesalahan menghina Maryam ibu Nabi Isa, dengan menghafaz ayat-ayat dari Surah Ali Imran diibaratkan lambang sebuah keadilan. - Gambar hiasan
SEORANG hakim wanita beragama Kristian di Tripoli, Libya, Jocelyn Matta, telah menghukum tiga orang pesalah beragama Islam supaya menghafaz ayat Al-Quran atas kesalahan mereka menghina Maryam, ibu Nabi Isa.
Berbeza dengan hukuman yang biasa dijatuhkan oleh seseorang hakim, seperti penjara atau denda, Jocelyn mengarahkan tiga orang itu menghafaz ayat-ayat suci dari Surah Ali ‘Imran.
“Saya tidak mendapati kaedah yang terbaik selain menuntut mereka untuk menghafaz ayat-ayat dari surah Ali ‘Imran agar mereka mempelajari tentang toleransi agama Islam dan kecintaannya terhadap Maryam.
"Undang-undang adalah sebuah madrasah dan bukan sekadar penjara,” kata hakim itu.
Tindakan beliau mendapat pujian ramai termasuk daripada Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri, yang memuat naik status di akaun Twitter miliknya.
“Satu penghormatan kepada ketua penyiasatan di Utara Lubnan, Jocelyn Matta.
"Hukuman yang dijatuhkannya terhadap tiga lelaki muda dalam kes (menghina) Maryam, dan arahan supaya mereka menghafaz Surah Ali ‘Imran, adalah lambang keadilan dan menggalakkan perhubungan harmoni antara orang Kristian dan Islam," tulis beliau.

لافاا#م/a>. عافقاموبسآعمااقفاوااباو

— Saad Hariri (@saadhariri) February 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jocelyn turut menerima pujian meluas dari seluruh lapisan masyarakat dan para pemimpin politik di Lebanon atas hukuman yang disifatkan "bersejarah” itu.

Many non Muslims do not know the position of Mary mother of Jesus (Maryam mother of Eisa) in Islam. Peace be upon you both! Retweet to share pic.twitter.com/HBUyDOYkzH

— Ahlulbayt TV (@AhlulbaytTV) December 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Firman Allah berkaitan kedudukan Maryam dinyatakan dalam Ali ‘Imran: 42 yang bermaksud: “Dan (ingatlah wahai Muhamad) ketika malaikat berkata: 'Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu melebihi atas perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu)'.”
Ayat yang dinyatakan tersebut turut menjadi sebab utama Jocelyn menjatuhkan hukuman sedemikian.
#Al-Quran #hafaz #hakim #hina #Hukuman #Libya #lubnan #Maryam #Saad Hariri #Tripoli
;