Hadiah hari lahir jadi pembunuh

Agensi
Mac 2, 2018 14:23 MYT
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mati selepas tercekik bola mainan dikerongkong. -Foto Instagram the.small.folk
SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun maut apabila bola mainan yang merupakan hadiah hari lahirnya seolah-olah makan tuan apabila tersekat di kerongkong.
Kejadian itu berlaku apabila kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Alby, sedang seronok bermain bola mainan itu sebelum melantun masuk ke mulut hingga tersekat pada kerongkongnya.
Panik dengan kejadian itu, ibu mangsa, Anna Davis, bertungkus lumus mengeluarkan bola mainan terbabit dari mulut Alby.
Namun, usaha tersebut bagaimanapun gagal hingga menyebabkan kanak-kanak malang terbabit mati dalam pelukan ibunya.
Bola tersebut merupakan hadiah hari jadi Alby yang baru sahaja diberikan awal pagi pada hari kejadian.
Selain itu, Anna turut berkongsi rasa hiba di atas kematian anaknya menerusi akaun Instagramnya.
#Alby #Anna Davis #bola tersekat dalam kerongkong #Instagram #seorang kanak-kanak mati tercekik #tiga tahun
;