Guru yoga ditemui mati dalam keadaan bogel di gunung
Sinar Harian
Oktober 25, 2019 23:08 MYT
Oktober 25, 2019 23:08 MYT
Seorang guru yoga ditemui mati dalam keadaan bogel dipercayai terjatuh selepas mendaki gunung untuk melihat matahari terbit.
Mangsa, Catherine Shaw, 23, dikatakan terjatuh dari laluan trek ketika melakukan pendakian sendirian di Guatemala.
Laporan Dialystar, mahkamah menolak penglibatan orang ketiga dalam kes warga Britain itu selepas dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu.
Mahkamah juga membaca kenyataan dari keluarganya mendedahkan Shaw merupakan seorang yang baik hati dan sukakan aktiviti mencabar.
"Dia suka mendaki gunung, aktiviti lasak dan gemar melihat matahari terbit serta terbenam," katanya.
Dalam pada itu, Koroner Darren Salter memberitahu, mangsa dipercayai meninggal dunia empat hingga enam hari sebelum mayat ditemukan.
Sementara itu, dalam inkues itu, mahkamah Crown Oxford memberitahu, Shaw telah menanggalkan pakaiannya sebelum melihat matahari terbit dan menolak dakwaan ada pihak ketiga.
Perbuatan Shaw itu juga disahkan oleh keluarga Shaw dan ia adalah normal. - Agensi