Guru wanita dituduh goda, rogol murid bawah umur dalam bilik darjah

Agensi
Mac 28, 2018 19:40 MYT
Britanny Zamora, 27 tahun, guru di Sekolah Rendah Akademi Las Brisas di Goodyear, Arizona didakwa melakukan hubungan seks dengan pelajar berkenaan sebanyak tiga kali. -Foto www.standard.co.uk
Seorang guru wanita dituduh melakukan hubungan seks dengan anak muridnya yang berusia 13 tahun di dalam bilik darjah pada 23 Mac lalu.
Britanny Zamora, 27 tahun, guru di Sekolah Rendah Akademi Las Brisas di Goodyear, Arizona didakwa melakukan hubungan seks dengan pelajar berkenaan sebanyak tiga kali, lapor portal Arizona Republic.
Menurut laporan portal itu lagi, hubungan terlarang guru-murid tersebut dikatakan bermula pada awal bulan Februari selepas Zamora mula menggoda pelajar lelaki itu dengan menghantar teks berbaur lucah.
Guru yang telah berkahwin itu juga didakwa saling bertukar gambar bogel dengan pelajar berkenaan. Namun, tindakan Zamora akhirnya disedari ibu bapa pelajar berkenaan yang bertindak membuat laporan polis.
Menurut satu kenyataan daripada sekolah tersebut, Zamora tidak akan dibenar mengajar lagi di situ.
"Keselamatan pelajar di sekolah kami adalah keutamaan kami dan pihak sekolah akan bekerjasama sepenuhnya dengan Jabatan Polis Goodyear," kata kenyataan itu.
Zamora turut berdepan lapan pertuduhan kesalahan berkaitan seks dengan kanak-kanak, dua pertuduhan mencabul kanak-kanak, dan satu pertuduhan menyebarkan bahan lucah kepada kanak-kanak.
Ikat jamin ditetapkan pada USD250,000 (RM965,375) dan kes akan disebut semula pada Khamis.
BACA: Guru ditahan hantar gambar bogel, adakan hubungan seks dengan pelajar 14 tahun
BACA: Jijik! Ustaz songsang cabul 65 murid
BACA: Guru agama rogol murid bawah umur 20 kali dalam madrasah
#Amerika Syarikat #Arizona #bawah umur #guru #hubungan seks #pelajar #sekolah #wanita
;