Guru sebak terima hadiah anak kucing daripada pelajar

Kohilah Sekaran
Mei 16, 2016 16:03 MYT
Tonya Andrews dihadiahkan sejambak bunga dengan dua ekor anak kucing oleh pelajarnya. -Gambar Twitter/Rachel Hanhart
VIRAL di media sosial baru-baru ini sebuah rakaman video sekumpulan pelajar yang memberi kejutan kepada seorang guru yang kehilangan haiwan peliharaan di Texas, Amerika Syarikat.
Menerusi laman Twitter, Rachel Hanhart berkongsi rakaman video itu, sekali gus menarik perhatian netizen di seluruh dunia.
Berdasarkan video tersebut, Rachel bersama rakan sekelasnya, Ashlei Mahan dan Sheridan Swindell dilihat menghadiahi guru mata pelajaran Statistik mereka, Tonya Andrews, sejambak bunga dengan dua ekor anak kucing.
Difahamkan, guru berkenaan berdepan gangguan emosi setelah kehilangan kucing disayanginya.
"Kami mengejutkan guru kami dengan dua ekor anak kucing kerana kucing peliharaannya mati semalam,” tulis Rachel di akaun Twitternya.

We surprised our teacher with kittens because her cat passed away yesterdaypic.twitter.com/ozzwCJTVmj

— Rachel Hanhart (@ace040913) May 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Difahamkan, para pelajar dari Joshua High School tampil dengan idea tersebut selepas melihat guru mereka menangis ketika mengendalikan kelas.
"Saya minta maaf, kucing saya berusia 16 tahun, Blondie, mati semalam," kata Andrews kepada muridnya selepas tidak dapat menahan sebak semasa mengajar.
Para pelajar kemudian mengambil keputusan untuk mendapatkan sejambak bunga bersama dua ekor anak kucing dalam usaha menggembirakan semula guru mereka.
Rancangan pelajar itu nyata berjaya kerana Andrews dilihat menangis kegembiraan.
“Ini milik saya,” soal guru itu kepada pelajarnya.
Tindakan para pelajar itu mendapat pujian daripada netizen di seluruh dunia.
Mereka menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang menyayat hati.
#guru sedih kucing mati #guru terima hadiah #Rachel Hanhart #video viral
;