Gunung Sinabung kembali meletus, abu menjulang lebih 4,500 meter
Agensi
Mac 2, 2021 12:01 MYT
Mac 2, 2021 12:01 MYT
JAKARTA: Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 4,500 meter.
Lapor portal Kompas.com, gunung itu kembali mengalami peningkatan aktiviti yang cukup signifikan.
Ketua Balai Pemerhati Gunung Sinabung, letusan itu berlaku pada 7.11 pagi waktu Indonesia Barat dan asap serta abu menghala ke tenggara.
"Ya benar, ketika ini abu panas berwarna kelabu masih ada dan ia disertai dengan letusan,” jelas Armen.
Armen berkata, aktiviti letusan itu jelas dilihat secara visual dari puncak Gunung Sinabung.
Katanya lagi, biarpun mengalami peningkatan aktiviti, status Gunung Sinabung masih tetap sama, iaitu berada di peringkat bersiap-siaga.
Kali terakhir, gunung itu meletus adalah beberapa pada Ogos tahun lalu.
#sinabung
#sumatera utara
#meletus
#Gunung Sinabung
#asap kelabu
#letusan
#abu panas
#gunung berapi meletus