Gunung Merapi meletus, sembur debu dan kepulan asap 2,000 meter ke udara

Astro Awani
Februari 13, 2020 11:57 MYT
Gunung Merapi meletus pada jam 5.16 pagi waktu tempatan (6.16 pagi waktu Malaysia). -Foto Volcano Time-Lapse
Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi dilaporkan meletus awal pagi Khamis.
Gunung yang terletak di kepulauan Jawa, Indonesia itu meletus pada jam 5.16 pagi waktu tempatan (6.16 pagi waktu Malaysia).
Kejadian yang berlaku kira-kira 150 saat itu berjaya dirakam pusat pemantauan yang memaparkannya secara langsung di saluran YouTube.
YouTube Volcano Time-Lapse
Kelihatan kawah gunung yang pada mulanya tenang mulai memuntahkan kepulan asap tebal setinggi 2,000 meter ke udara.
Setakat ini tiada laporan mengenai mangsa yang terkorban dan tercedera dalam insiden tersebut, juga tiada arahan untuk penduduk sekitar kawasan gunung supaya berpindah.
Pihak berkuasa Yogyakarta sehingga kini masih menetapkan status Gunung Merapi pada Tahap II atau Waspada.
#Gunung Merapi #kawah gunung #kepulan asap #kepulan asap tebal #lava #pulau jawa #Tahap II #waspada #Yogyakarta
;