Gunung Merapi meletus, muntah lava sejauh 1.5km

Agensi
Mac 11, 2023 17:15 MYT
Gunung berapi yang terletak di wilayah khas Yogyakarta itu meletus tengah hari tadi dan mengalirkan lava sejauh 1.5 kilometer. -AP
JAKARTA: Gunung Merapi di Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan panas sehingga 7 kilometer (km), kata agensi pengurusan bencana negara itu dalam satu kenyataan.
Gunung berapi yang terletak di wilayah khas Yogyakarta itu meletus sekitar tengah hari waktu tempatan dan mengalirkan lava sejauh 1.5 kilometer, kata pihak berkuasa tempatan.
Penduduk di komuniti berhampiran telah diberi amaran untuk menghentikan sebarang aktiviti di zon bahaya, di antara 3km dan 7km radius dari kawah.
Gunung Merapi setinggi 2,963 meter itu adalah antara gunung berapi paling aktif di Indonesia dan diletakkan pada tahap berjaga-jaga peringkat kedua tertinggi.
Pegawai di pos pemantauan tempatan, Yulianto berkata belum ada penduduk diarah berpindah setakat ini.
"Ini hanya diperhatikan sekali sahaja, lima ke enam runtuhan.
"Jika lahar terus meningkat dan mengalir lebih 7km, berkemungkinan penduduk akan disyorkan berpindah," katanya.
Kali terakhir Gunung Merapi meletus adalah pada 2010, menyebabkan lebih 350 nyawa terkorban.
#Gunung Merapi #gunung berapi #Yogyakarta #Yulianto
;