Gunung Merapi di Indonesia meletus tanpa amaran!
Agensi
Mei 11, 2018 07:15 MYT
Mei 11, 2018 07:15 MYT
Gunung berapi paling aktif di Indonesia, gunung Merapi dilaporkan meletus awal pagi Jumaat.
Pada kejadian itu, gunung Merapi memuntahkan bahan berpasir dan kebanyakan bahan jenis piroklastik seperti abu dan blok lava.
Kesemua bahan tersebut juga dilaporkan dimuntahkan setinggi 5,500 meter ke udara.
Penduduk yang tinggal di radius lima kilometer sekitar kawasan gunung turut dipindahkan ke kawasan penempatan sementara yang lebih selamat.
Setakat ini tiada laporan mengenai mangsa yang terkorban dan tercedera dalam insiden tersebut.