Gunung berapi terbesar dunia kembali aktif, tarik perhatian orang ramai

Astro Awani
Disember 2, 2022 08:00 MYT
Orang ramai membanjiri sekitar lebuh raya Hawaii bagi menyaksikan pemandangan gunung berapi yang mengalirkan lava bercahaya itu. - Foto AP
HAWAII: Gunung berapi terbesar di dunia, Mauna Loa di Pulau Hawaii, Amerika Syarikat, terus mengalirkan lava sehingga ke serata kawasan selepas 38 tahun tidak aktif.
Ia turut memuntahkan abu gunung berapi dan serpihan dari letusan kecil berterbangan di udara.
Keadaan itu menyebabkan ribuan orang ramai membanjiri sekitar lebuh raya Hawaii bagi menyaksikan pemandangan gunung berapi yang mengalirkan lava bercahaya itu.
Lebuh raya itu juga dilaporkan akan ditutup selepas ini susulan aliran lava yang akan melalui jalan itu.
Mauna Loa meliputi 5,271 kilometer persegi dan merupakan salah satu daripada rangkaian lima gunung berapi yang membentuk kepulauan Hawaii.
Keluasan Mauna Loa itu merangkumi separuh daripada pulau berkenaan.
#gunung berapi #Mauna Loa #lava #letusan
;