Pulau Sulawesi terus diancam bencana alam apabila Gunung Berapi Soputan yang terletak di Kabuten Minahasa, Provinsi Sulawesi Utara, meletus pagi ini.Gunung itu meletus pada 8.47 pagi tadi (waktu Indonesia Timur) dan mengeluarkan abu vulkanik berwarna kelabu setinggi 4,000 meter yang kepulannya menghala ke arah barat laut, namun setakat ini dilaporkan tidak menjejaskan aktiviti penduduk atau mengganggu operasi penerbangan pesawat.
Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan arahan melarang penduduk melakukan kegiatan dalam lingkungan empat kilometer dari gunung berkenaan.
BACA: Gempa-Tsunami Palu: Angka kematian menghampiri 1,400
Buat masa ini BNPB serta Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) sedang memantau perkembangan letusan gunung berapi itu, katanya.
Kali terakhir gunung berapi berketinggian 1,784 meter yang terletak kira-kira 56 km dari Kota Manado itu meletus ialah pada 2015.Pada Jumaat lepas, Sulawesi Tengah dilanda gempa bumi dan tsunami yang menyebabkan lebih 1,000 orang disahkan terkorban setakat ini selain memusnahkan puluhan ribu bangunan dan kediaman.
Gempa bumi dengan kekuatan 7.4 pada Skala Richter itu turut mencetuskan lebih 250 gempa susulan sehingga kini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 03 2018
Buat masa ini BNPB serta Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) sedang memantau perkembangan letusan gunung berapi Soputan. - Foto REUTERS/Adwit B Pramono/Antara Foto
228.2 juta nilai dadah yang dihapus setakat Oktober 2024
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan nilai dadah yang dihapuskan setakat Oktober 2024 adalah sebanyak 228.2 juta ringgit.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula - Zaliha
Pelaksanaan dasar tempoh menduduki perlu mengambil kira pelbagai faktor untuk mengelakkan kesan negatif kepada penghuni tertentu.
Jumlah pengguna TNB sehingga hari ini seramai 10.4 juta - PETRA
Jelas Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir , daripada jumlah itu 8.5 juta pengguna domestik dan 1.9 juta pengguna bukan domestik yang terdiri komersial, perindustrian dan pertanian.
KEADAANBANJIR_WEB
Keadaan banjir di tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat sembilan pagi ini.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
MySalam: RM1.1 bilion dibayar, memanfaatkan 54,000 pesakit kritikal
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MySalah pada asalnya dirancang untuk beroperasi lima tahun iaitu 2019 hingga 2023 dan telah dilanjutkan hingga 2025 .
Zoom dijenama semula sebagai syarikat perkhidmatan komunikasi AI
Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa kuat landa Papua New Guinea, amaran tsunami dikeluarkan
Sistem amaran tsunami Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tsunami susulan kejadian gempa bumi itu.
Astro, Maxis terima penghargaan bantu komuniti terjejas tsunami Sulawesi
Kerja-kerja pemulihan dua buah sekolah, iaitu SDN Balongga dan SMPN 26 Sigi yang bermula Februari 2020 telah siap sepenuhnya pada 6 Januari 2021.
Gempa sederhana landa utara Sumatera, gegaran dirasai di Selangor, Kuala Lumpur
Gempa sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 1.19 petang tadi.
Gempa berskala 5.8 gegar barat Sumatera Indonesia
Gempa bumi berskala 5.8 menggegarkan wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Rabu.
Gempa bumi kuat sekali lagi gegar Kepulauan Kermadec malam ini
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter melanda rantau Kepulauan Kermadec pada 8.05 malam ini (waktu Malaysia).
Indonesia keluar amaran tsunami, gempa lebih kuat di Sulawesi Barat
Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya gempa lebih kuat, yang boleh mencetuskan amaran tsunami di Sulawesi Barat, susulan gempa bermagnitud 6.2 Skala Richter.
Beberapa siri gempa susulan berlaku di Croatia
Gempa susulan dengan gegaran paling kuat berukuran 4.7 magnitud dilaporkan pada pagi Rabu berhampiran bandar Petrinja yang mengalami kerosakan teruk.
Gempa di Turki, Greece ragut 26 nyawa setakat ini
Gempa yang melanda pada Jumaat petang menyebabkan bangunan di Izmir, kota ketiga terbesar di Turki runtuh malah turut mencetuskan tsunami kecil di daerah Seferihisar dan Samos di Greece.
Amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi kuat di Alaska
Untuk pantai Pasifik Amerika Syarikat (AS) dan pantai Kanada di Amerika Utara, tahap bahaya tsunami juga sedang dinilai.
Lima maut hotel di Filipina runtuh
Gempa bumi menggegarkan selatan Filipina hari ini meragut sekurang-kurangnya lima orang dan menyebabkan kemusnahan besar pada bangunan.