Gunung berapi Pulau Kadovar meletus, lebih 500 penduduk dipindahkan
Astro Awani
Januari 7, 2018 16:47 MYT
Januari 7, 2018 16:47 MYT
Gunung berapi pulau terpencil di Papua New Guinea mula melepaskan abu ke udara, memaksa lebih daripada 500 penduduk dipindahkan, lapor media dan badan kebajikan negara itu.
Gunung berapi di Pulau Kadovar, setinggi 365 meter terletak di pantai utara Papua New Guinea, dianggap tidak aktif hingga ia mula meletus pada 5 Januari.
"Ketika ini ia (gunug berapi) hanya mengeluarkan abu," kata peramal di Pusat Amaran Asap Gunung Berapi Darwin, Cheyne O'Brien kepada Reuters.
Kepulan debu menjulang hingga 2,133 meter membetuk kepulan awan dan kini bergerak ke arah barat dan barat laut,
Bagaimanapun, jelasnya, kepulan asap itu masih tidak mencetuskan bahaya kepada penerbangan.
Namun, perubahan arah tiupan angin mungkin menjejaskan operasi di Lapangan Terbang Wewak di Papua New Guinea.
badan kebajikan di Amerika Syarikat, Samaritan Aviation yang mengendalikan pesawat ke kawasan terpencil di negara itu memaklumkan, semua penduduk di pulau itu telah dipindahkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Kami masih tiada perincian ke mana semua mangs adipindahkan dan akan mengetahuinya tidak lama lagi," kata badan kebajikan itu.
Usaha menghubungi pihak berkuasa di Papua New Guinea masih tidak berjaya, setakat ini.