Gunung berapi meletus di Iceland
Astro Awani
Januari 14, 2024 19:25 MYT
Januari 14, 2024 19:25 MYT
HELSINKI: Sebuah gunung berapi di barat daya di Iceland meletus pada Ahad, menjadikannya letusan kelima di semenanjung Reykjanes sejak tahun 2021.
Agensi Perlindungan Awam Iceland memberitahu, sebuah helikopter Pengawal Pantai telah dihantar ke untuk mengesahkan lokasi dan saiz letusan secara tepat.
Letupan bermula di bahagian utara sebuah bandar nelayan di Grindavik namun masih tidak dapat dikesan secara tepat kemunculan dan aliran lava tersebut.
Iceland mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi yang kerap kerana kedudukannya di terletak di antara plat tektonik Eurasia dan Amerika Utara yang bertentagan.
Letusan terakhir sebelum ini berlaku pada pada 18 Disember lalu berhampiran Sundhnukagigar, iaitu kira-kira empat kilometer (km) timur laut bandar Grindavik.
Susulan itu, pihak berkuasa memindahkan hampir 4,000 penduduk dari bandar Grindavik di Semenanjung Reykjanes dan menutup lokasi pelancongan terkenal, spa geotermal Blue Lagoon.