Gunung berapi Kilauea terus aktif, ribuan penduduk dipindahkan

Agensi
Mei 4, 2018 06:00 MYT
Gunung berapi Kilauea di Pahoa, Hawaii memuntahkan lebih banyak lava memaksa hampir 1500 penduduk dipindahkan dari penempatan asal mereka.
Gunung berapi Kilauea di Pahoa, Hawaii memuntahkan lebih banyak lava memaksa hampir 1500 penduduk dipindahkan dari penempatan asal mereka.
Kandungan gas sulfur yang tinggi juga dikesan dalam kejadian itu dan ia mampu mengancam nyawa mereka yang alami masalah pernafasan.
Kilauea merupakan antara gunung berapi yang aktif di dunia dan beberapa siri letusan sebelum ini turut menyebabkan kejadian gempa bumi.
Limpahan lava terbesar sebelum ini berlaku pada waktu pagi tempatan 26 April yang lepas meliputi kawasan seluas 90 ekar, dua pertiga dari lantai kawah.
Bagi melindungi penduduk di kawasan terjejas, pihak berkuasa tempatan membuka pusat komuniti bagi menyediakan pusat perlindungan kepada mereka.
Minggu lalu, pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran bahawa letusan yang besar mungkin akan berlaku.
Pegawai pertahanan awam turut menggesa penduduk untuk segera meninggalkan kediaman mereka yang berhampiran kawasan gunung tersebut kerana kandungan sulfur dioksida yang sangat tinggi.
#aktif #gunung berapi #Hawaii #lava #meletus #pahoa #seismik
;