Gunung berapi El Salvador meletus

Astro Awani
November 29, 2022 08:00 MYT
Gunung berapi itu yang dikenali sebagai San Miguel mempunyai ketinggian 2,130 meter dan merupakan antara enam gunung berapi paling aktif di El Salvador. - Foto AP
CHAPARRASTIQUE: Pihak berkuasa El Salvador pada Isnin mengeluarkan amaran terhadap penduduk berdekatan gunung berapi Chaparrastique di timur negara itu.
Balai cerap Kementerian Alam Sekitar melaporkan berlaku letusan gunung berapi yang terletak kira-kira 135 kilometer di timur negara itu.
Letusan dianggarkan berukuran skala 1 berdasarkan ukuran dari skala 0 hingga 8.
Letusan bermula Ahad lalu selepas gunung berapi tersebut menghemburkan abu dan batu di sekitar kawah.
Bagaimanapun tiada laporan kecederaan dilaporkan setakat ini.
Pihak berkuasa kini bersiap siaga dengan menyediakan 26 pusat perlindungan untuk menempatkan lebih 10,000 penduduk.
Gunung berapi itu yang dikenali sebagai San Miguel mempunyai ketinggian 2,130 meter dan merupakan antara enam gunung berapi paling aktif di El Salvador.
Letusan besar terakhir adalah pada Januari 2016 apabila ia memuntahkan sejumlah besar abu dan gas selama lebih daripada 13 jam berterusan.
#gunung berapi #Chaparrastique #San Miguel #letusan
;