Gunung berapi: Dua lemas di Peru akibat ombak besar
Agensi
Januari 16, 2022 23:14 MYT
Januari 16, 2022 23:14 MYT
LIMA: Peru melaporkan dua kematian akibat ombak tinggi luar biasa direkodkan di beberapa kawasan pantai negara itu, susulan letusan gunung berapi bawah laut pada Sabtu di Tonga.
Kedua-dua mangsa dilaporkan lemas pada Sabtu di pantai yang terletak di wilayah Lambayeque, kata Institut Pertahanan Awam Negara Peru (Indeci) dalam satu kenyataan.
Gunung berapi berkenaan meletus pada Sabtu, menyebabkan amaran tsunami dan arahan evakuasi di Jepun, juga menyebabkan ombak besar di beberapa pulau di Pasifik Selatan.
Lebih 20 pelabuhan di Peru ditutup buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga susulan amaran ombak tinggi yang luar biasa, kata Indeci.
Polis berkata kedua-dua mangsa ditemui mati oleh pegawai polis bertugas di kawasan pantai di Naylamp.
Imej televisyen menunjukkan beberapa buah rumah dan premis perniagaan dibanjiri air di kawasan pantai di utara dan tengah Peru.