Gunung berapi di kepulauan Stromboli meletus
Astro Awani
Oktober 11, 2022 08:30 MYT
Oktober 11, 2022 08:30 MYT
STROMBOLI: Gunung berapi di kepulauan Stromboli di Itali meletus dan menghemburkan debu ke arah laut.
Rakaman kamera pengawasan menunjukkan gunung berapi tersebut mencetuskan getaran seismik pada Ahad.
Menurut Institut Geofizik dan Vulkanologi Itali, letusan turut menyebabkan aliran lava mengalir hingga ke laut di sebelah barat laut yang tidak berpenghuni.
Bagaimanapun, amaran peringkat jingga dikeluarkan demi perlindungan orang awam.
Setakat ini tiada sebarang kecederaan mahupun kerosakan infrastruktur dilaporkan.
Pada masa sama, pengangkutan feri awam antara Stromboli dan Sicily tidak dihentikan.
Untuk rekod, gunung berapi Stromboli adalah salah satu yang paling aktif di dunia, dengan letusan kecil sentiasa berlaku.