Gunung berapi Cumbre Vieja meletus lagi

Astro Awani
September 24, 2021 07:39 MYT
Gunung berapi Cumbre Vieja meletus lagi malam tadi, sekali gus memaksa pengosongan ribuan penduduk pulau kecil La Palma di lautan Atlantik. -TWITTER / @diariodeavisos
LA PALMA: Gunung berapi Cumbre Vieja meletus lagi malam tadi, sekali gus memaksa pengosongan ribuan penduduk pulau kecil La Palma di lautan Atlantik.
Tiga lagi perkampungan telah dikosongkan di pulau itu apabila letusan demi letusan menggegarkan kawasan sekitar gunung berapi tersebut, lapor Sputnik.
Akhbar Diario de Avisos dalam tweetnya menunjukkan rakaman video mengejutkan letusan dari puncak Cumbre Vieja yang menyebabkan gelombang kejut yang jelas terlihat pada kepulan asap dan abu.

Momento de la brutal explosión que se ha producido hace algunos minutos en el volcán de La Palma en la que se puede apreciar la onda expansiva de la misma pic.twitter.com/ldNlxUm5Zt

— Diario de Avisos (@diariodeavisos) September 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Akhbar tersebut turut melaporkan letusan terbaharu ini telah mendorong pengosongan pekan Tacande de Abajo, Tacande de Arriba, dan Tajuya di perbandaran El Paso di barat laut gunung berapi tersebut.
Lohong baharu di lereng puncak yang meletus turut kelihatan memuntahkan kepulan asap dan abu.

Se ha abierto una nueva boca eruptiva en el flanco del cono activo / A new vent has opened in the flank of the active cone pic.twitter.com/uofYC7IfEA

— INVOLCAN (@involcan) September 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
La Palma merupakan antara pulau terkecil dan paling ke barat dalam kepulauan tujuh pulau Canary.
#gunung berapi #Cumbre Vieja #La Palma #lahar
;