TOKYO: Gunung berapi Aso di wilayah Kumamoto dilapor meletus sebentar tadi.

Menurut portal Japan Times, tiada kenyataan awal berhubung kerosakan dan kecederaan dilaporkan setakat ini.


Menurut Badan Meteorologi Jepun, gunung berapi itu meletus pada jam 11.43 pagi waktu tempatan (10.43 waktu Malaysia).

Agensi itu dilapor telah mengeluarkan amaran aktiviti gunung berapi tahap 3.

Makluman itu meliputi bandar Aso, bandar Takamori dan kampung Minami-Aso.

Amaran tahap 3 adalah yang ketiga tertinggi pada skala lima peringkat.

Penduduk yang tinggal berdekatan gunung berapi Aso diminta untuk tidak mendekati kawasan tersebut.

Video di bawah menunjukkan keadaan semasa di sekitar gunung berapi Aso: