Gunung Agung meletus lagi
Agensi
November 26, 2017 12:32 MYT
November 26, 2017 12:32 MYT
Gunung Agung meletus buat kali kedua dalam tempoh seminggu pada Sabtu, mengeluarkan asap tebal setinggi 1,500 meter.
Ia turut menyebabkan sekurang-kurangnya 16 penerbangan dari dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai terpaksa dibatalkan.
Antara penerbangan yang terjejas ialah Jetstar, KLM, Qantas dan Virgin Air, mengakibatkan kira-kira 2,000 penumpang terkandas di lapangan terbang terbabit.
Gunung berapi yang meletus jam 5.30 petang Sabtu itu masih mengeluarkan asap tebal sehingga pagi tadi.
Status amaran gunung berapi itu bagaimanapun masih belum berubah dari peringkat kedua tertinggi.
Kali terakhir Gunung Agung meletus ialah pada 1963, mengorbankan 1,100 orang.
Buat masa ini, belum ada larangan penerbangan rasmi dikeluarkan ke Bali.