Gunung Agung: 'Harap dapat balik Kuala Lumpur esok!' - Pelancong Malaysia
Syafik Shukri Jalil
November 27, 2017 16:20 MYT
November 27, 2017 16:20 MYT
Susulan amaran gunung berapi di Bali dinaikkan daripada peringkat kedua tertinggi kepada peringkat tertinggi hari ini, pelbagai reaksi membanjiri media sosial.
“Harap dapat balik Kuala Lumpur esok dari Bali," kata seorang pelancong dari Malaysia, Haaziq Zahar di Twitter yang kini sedang bercuti di Bali.
Dalam tweet yang sama, beliau menerima banyak mesej dari rakan-rakan yang risau tentang keadaan di Bali.
Beliau menjelaskan bahawa keadaan di Kuta dan Seminyak, Bali masih terkawal dan ada yang masih berada di pulau eksotik itu untuk bercuti.
“Harapnya saya dapat balik Malaysia minggu ini. Semoga dipermudahkan semuanya,” katanya di laman Facebook hari ini.
Di Twitter khususnya, sebuah video dikongsikan Gerry Soejatman memaparkan aksi beberapa penumpang berang kerana penerbangan mereka terpaksa ditangguhkan.
Gerry menyifatkan penumpang-penumpang ini tidak memikirkan keselamatan nyawa masing-masing.
Ini pula satu perkongsian pengguna Twitter yang juga terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2).
Selain itu, sebuah perkongsian info grafik dikongsi menerusi akaun Twitter Perhubungan Udara Indonesia.
Info grafik ini dikongsi bertujuan bagi memberi pemahaman kepada orang ramai tentang impak debu gunung berapi kepada sesebuah penerbangan.
BACA:
#Bali
#Facebook
#Gunung Agung
#Haaziq Zahar
#KLIA2
#Kuala Lumpur Antarabangsa Kuala Lumpur 2
#Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai
#media sosial
#Nazleen Syahira
#Perhubungan Udara Indonesia
#Twitter