Guinea: Letupan gudang bahan api akibatkan 100 cedera, beberapa lagi maut

Bernama
Disember 18, 2023 20:00 MYT
Letupan berlaku pada Ahad malam di daerah Kaloum, pusat perniagaan dan pentadbiran Conakry yang menempatkan istana presiden, bangunan kementerian, kedutaan dan bank. - Foto REUTERS
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 100 orang cedera manakala beberapa lagi terbunuh dalam letupan di sebuah depoh bahan api di Conakry, ibu negara Guinea, lapor media tempatan pada Isnin, lapor Sputnik.
Letupan berlaku pada Ahad malam di daerah Kaloum, pusat perniagaan dan pentadbiran Conakry yang menempatkan istana presiden, bangunan kementerian, kedutaan dan bank.
Portal berita Africaguinee yang memetik sumber melaporkan, satu daripada hospital-hospital di Conakry menerima sekurang-kurangnya 100 mangsa semalaman.
Letupan itu menyebabkan kerosakan besar gudang dan kediaman berhampiran.
Sementara itu, hanya petugas perubatan dan pasukan keselamatan yang dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
#letupan #gudang bahan api #Guinea #Conakry
;