Guatemala tutup lapangan terbang
Sinar Harian
Jun 4, 2018 09:11 MYT
Jun 4, 2018 09:11 MYT
Gunung berapi Guatemala, Fuego mengeluarkan asap hitam dan abu ke udara semalam, mencetuskan pemindahan kira-kira 100 orang dan memaksa lapangan terbang antarabangsa La Aurora menutup landasan tunggalnya.
Menurut pihak berkuasa, landasan ditutup berikutan kehadiran abu gunung berapi dan bagi menjamin keselamatan penumpang dan pesawat.
Gunung berapi aktif itu terletak kira-kira 40 kilometer di barat daya Guatemala City.
"Adalah penting untuk terus bertenang kerana gunung berapi Fuego meletus sepanjang tahun," kata jurucakap Pihak Berkuasa Pencegahan Bencana Kebangsaan, David de Leon. - Reuters