Gua Tham Luang dibuka kepada orang ramai

Fareez Azman
November 2, 2019 08:18 MYT
Gua Tham Luang dibuka secara rasmi kepada orang awam bermula semalam. -Bangkok Post
GUA Tham Luang dibuka secara rasmi kepada orang awam bermula Jumaat.
Gua yang terletak di Taman Negara Tham Luang Khun Nam Nang Non, Thailand ini terkenal di seluruh dunia susulan operasi menyelamat 12 kanak-kanak yang terperangkap dalam tragedi banjir gua tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 2,000 pelawat dilaporkan mengunjungi taman ini bagi melihat secara dekat kawasan operasi menyelamat yang mengemparkan dunia itu, lapor Bangkok Post.
Terletak di daerah Chiang Mai, gua terbabit dibuka bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang waktu tempatan.
Bagaimanapun hanya 20 pelawat dibenarkan masuk ke gua itu dalam satu masa dan perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Taman Nasional Jongklai Worapongsathork, beberapa kawasan di gua itu turut diubah suai sebelum upacara keagamaan dilakukan.
Pada 23 Jun 2018, pemain dan jurulatih kelab bola sepak Wild Boars itu terperangkap di dalam gua berkenaan susulan hujan lebat yang membanjiri laluan masuk.
Paras air yang meningkat menyebabkan kesemua mangsa terperangkap selama 12 hari di dalam gua berkenaan sebelum diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat dari beberapa negara.
BACA: Gua Tham Luang bakal jadi muzium
BACA: Genap setahun tragedi Gua Tham Luang
BACA: 'Saat penyelamat muncul seperti magis' remaja terperangkap dalam Gua Tham Luang
BACA: Mangsa gua Tham Luang buat kemunculan umum pertama
BACA: Misi menyelamat remaja di gua Tham Luang hampir berakhir dengan tragedi
BACA: Operasi menyelamat gua Tham Luang difilemkan
BACA: INFOGRAFIK: Wajah-wajah 13 mangsa gua Tham Luang
BACA: Rakaman keadaan 13 mangsa Gua Tham Luang di hospital didedahkan
#air #banjir #Gua #mencari dan menyelamat #Orang ramai #Perangkap #SAR #Taman Negara #Thailand #Tham Luang
;