Greta bakal tiba, hari ini jam tiga!

Razak Chik
Disember 2, 2019 05:16 MYT
Gambar dari Twitter Greta Thunberg menunjukkan mereka sekeluarga di kapal layar catamaran La Vagabonde yang bakal berlabuh di pelabuhan Santo Amaro.
JUMLAH penduduk Eropah bertambah enam orang bermula petang nanti waktu tempatan (Lisbon – Portugal - +8 jam GMT berbanding waktu Malaysia).
Kapal layar catamaran La Vagabonde milik Riley Whitelum, 35, pasangannya Elayna Causus, 26, bayi mereka Lenny, 11 bulan, bakal berlabuh di pelabuhan Santo Amaro (Doca de Santo Amaro).
Turut menjejak kaki di daratan – pejuang cuaca Greta Thunberg; 16; bapanya Svante, 60; dan pelayar profesional Niki Hendersen, 26.

Day 20. Our last day on the ocean! We can now almost smell land! We expect to arrive at Doca de Santo Amaro, Lisbon sometime between 8.00-10.00 tomorrow morning. @_NikkiHenderson @Sailing_LaVaga @elayna__c pic.twitter.com/VSMiRTQpKR

— Greta Thunberg (@GretaThunberg) December 2, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apabila tiba, mereka dijangka tidak buang masa – berehat sebentar dan membuat persediaan untuk bergerak ke Madrid, Sepanyol di mana sedang berlangsung persidangan COP25 bertujuan menggerakkan usaha menyelamatkan dunia dari pemanasan dan perubahan cuaca.
Bagi mereka yang mahu mengikuti perjalanan Greta meredah Lautan Atlantik, temui mereka melalui #WhereIsGreta.
BACA: Di manamu Greta? COP25, 2 Disember bermula
#cop25 #Greta Thunberg #la vagabonde #Madrid
;