Greece umum perintah berkurung tiga minggu bermula Sabtu

Astro Awani
November 5, 2020 00:21 MYT
Kyriakos Mitsotakis mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu. - Gambar AP
PERDANA Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.
Perintah berkurung itu berkuat kuasa selama tiga minggu bermula 6 pagi Sabtu sehingga 30 November ini.
Perniagaan runcit tidak dibenarkan beroperasi, namun pasar raya dan gerai makanan dibenarkan dibuka.
Restoran juga boleh beroperasi, namun dibenarkan secara penghantaran sahaja.
Bagaimanapun, taska dan sekolah rendah masih lagi dibuka sepanjang pelaksanaan perintah berkurung itu.
Manakala, sekolah menengah di negara itu dilakukan secara dalam talian.
Setakat Rabu, Greece mencatatkan 2,646 kes baharu dengan 18 kematian.
Ia menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 di negara itu masih di bawah 47,000 kes dengan 673 kematian.
Sebelum ini, sebuah lagi negara Eropah, Austria turut melaksanakan semula perintah berkurung berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.
#Greece #perintah berkurung #tiga minggu #jangkitan #COVID-19 #Kyriakos Mitsotakis
;