Greece perlu penyusunan semula hutang untuk keluar dari krisis -Alexis Tsipras

Agensi
Julai 16, 2015 12:04 MYT
Perdana Menteri Greece meluahkan rasa ragu mengenai langkah-langkah penjimatan yang dikenakan oleh pemberi pinjaman.
Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras meluahkan rasa ragu mengenai langkah-langkah penjimatan yang dikenakan oleh pemberi pinjaman.
Beliau menyatakan bahawa Greece perlu untuk menyusun semula hutang awam yang besar.
"Saya akui langkah-langkah fiskal sememangnya sukar malah ia tidak akan memberi manfaat kepada ekonomi Greece, namun saya terpaksa menerimanya," ujarnya sebelum pengundian pemilihan di parlimen pada awal pagi Khamis.
Bagaimanapun beliau berkata perjanjian tersebut merangkumi komitmen terhadap elemen yang melibatkan penstrukturan hutang.
"Jika ada kemungkinan ekonomi baru muncul dari krisis ini, ia datang dari kemungkinan penyusunan semula hutang. Semestinya dalam tempoh sederhana dan jangka panjang," katanya.
#Euro #Greece #hutang #Kesatuan Eropah #krisis negara
;