Greece dilanda banjir selepas ribut semalaman

Astro Awani
November 26, 2019 00:04 MYT
Banjir paling buruk berlaku di tepi Pantai Resort Kineta di mana lumpur mengalir daripada lereng bukit. - REUTERS
Ratusan rumah di Greece dinaiki air selepas ribut melanda semalaman di kawasan barat Athens.
Hujan lebat sehingga menyebabkan tanah runtuh memaksa penutupan lebuh raya menghubungkan ibu kota negara itu ke Pelabuhan Barat Patras.
Banjir paling buruk berlaku di tepi Pantai Resort Kineta di mana lumpur mengalir daripada lereng bukit.
Puluhan orang terperangkap dalam kereta dan rumah akibat insiden itu.
Namun, kesemua mereka berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa.
Setakat ini, angka korban akibat banjir di Greece dicatatkan seramai dua orang.
#Athens #banjir #Greece #lebuh raya tutup #lumpur #Pelabuhan Barat Patras #ribut #tanah runtuh