Gorila berswafoto macam manusia
Agensi
April 23, 2019 16:30 MYT
April 23, 2019 16:30 MYT
GELAGAT dua ekor gorila betina berkelakuan seperti manusia yang dikongsi seorang renjer Taman Negara Virunga, Congo, di laman Facebook beliau baru-baru ini menarik perhatian netizen.
Rata-rata mereka teruja dengan entri renjer tersebut, Mathieu Shamavu, yang memperlihatkan aksi gorila bernama Ndakazi dan Ndeze yang berswafoto dengan yakin tatkala berdiri dengan dua belah kakinya.
Menurut Mathieu, dua ekor haiwan tersebut bersikap nakal serta manja apabila mereka melakukan rondaan di taman negara itu dan beraksi natural di depan kamera.
“Dua ekor gorilla betina itu sentiasa berkelakuan nakal serta manja dan gambar tersebut memperlihatkan sisi mereka yang sebenar.
“Tidak hairan melihat aksi Ndakazi dan Ndeze berdiri menggunakan dua belah kaki kerana spesis primat memang suka berdiri dan berjalan seperti itu, tetapi bukan untuk masa yang lama,” ujar Mathieu.
Akaun Instagram milik Taman Negara Virunga turut berkongsi swafoto tersebut yang berjaya meraih lebih 34,540 Likes setakat ini pada Selasa.
Taman negara itu terletak di kawasan timur laut Congo yang menempatkan 22 jenis primat berbeza.
Kini, dianggarkan hanya 1,000 ekor gorilla gunung mendiami taman negara itu.
Taman negara yang berukuran 3,000 kilometer persegi itu mempunyai 600 orang renjer yang bertugas menjaga dan melindungi hidupan liar di situ.
#berdiri guna dua belah kaki
#Congo
#dua ekor gorila betina
#Gorila berswafoto macam manusia
#Mathieu Shamavu
#Ndakazi
#Ndeze
#Taman Negara Virunga