Google Vids diperkenal untuk mudahkan penghasilan pembentangan video, dikuasakan AI

Amanz
April 11, 2024 13:00 MYT
Google Vids ini akan membolehkan anda menambah sebarang dokumen daripada Google Drive atau aplikasi Google Workspace lain. - Gambar/ Amanz
GOOGLE semalam memperkenalkan produk baharu di bawah Google Workspace, dinamakan sebagai Google Vids. Ia melengkapkan beberapa penawaran sedia ada Google, dan memfokuskan dalam memudahkan penghasilan video untuk tujuan kerja.
Google Vids ini akan membolehkan anda menambah sebarang dokumen daripada Google Drive atau aplikasi Google Workspace lain, dan menggunakan sokongan kecerdasan buatan dalam menghasilkan video.
Google menyatakan Google Vids memfokuskan penghasilan video untuk digunakan bagi berkongsi kemas kini sesuatu projek, perkembangan syarikat, untuk mesyuarat dan sebagainya. Ia boleh dikatakan sebagai fail pembentangan yang turut diintegrasikan bersama ciri animasi dan video dalam menjadikannya lebih menarik.
Ini sekali gus memperlihatkan evolusi pembentangan secara atas-talian sejak ramai mengimplementasi bekerja dari rumah. Google Vids dijangka akan memudahkan lagi proses penyampaian dan penerangan antara ahli pasukan.
Buat masa ini, Google belum mengumumkan bilakah Google Vids akan ditawarkan kepada umum. Tetapi, tidak mustahil kita melihat ia mengubah kaedah sesuatu fail pembentangan dihasilkan selepas ini, berbanding hanya menggunakan PowerPoint atau KeyNote. - Amanz
#Google Vids #Google Workspace #pembentangan video #AI
;