Google tidak akan keluarkan Pixel Flip

Amanz
Ogos 19, 2024 11:40 MYT
Google tiada perancangan mengeluarkan telefon katup kerana Samsung dan Motorola telah mempunyai peranti yang baik. -Amanz
DENGAN Google telah memperkenalkan telefon skrin boleh lipat generasi kedua Pixel 9 Pro Fold, pasti ramai tertanya adakah Google turut akan mengeluarkan telefon skrin katup tersendiri seakan Samsung Galaxy Z Flip6 – mungkin Pixel Flip?
Apatah lagi dengan Flip6 yang menerima banyak maklum balas positif.
Ulasan Samsung Galaxy Z Flip6 – Fon Katup Paling Cukup
Dalam temu ramah Michael Fisher bersama Rick Osterloh iaitu naib presiden bahagian peranti Google, beliau menjawab yang Google tiada perancangan mengeluarkan telefon katup kerana Samsung dan Motorola telah mempunyai peranti yang baik.
Galaxy Z Flip6 dan Razr 50 tidak dinafikan adalah peranti yang menarik. Ini bermakna untuk telefon Pixel, Google akan kekal dengan penawaran sedia seperti siri peranti mercu Pixel dan siri kelas pertengahan Pixel A.
Adakah anda bersetuju dengan keputusan Google dan jika Google bertukar fikiran adalah anda akan membeli Pixel Flip? -Amanz
#Google #Pixel 9 Pro Fold #telefon skrin boleh lipat #telefon skrin katup