Google Gemini mungkin akan diintegrasikan dalam iOS bermula 2025

Amanz
November 18, 2024 12:30 MYT
Pengguna Google Gemini boleh menggunakan aplikasi ini dengan ciri lengkap pada iPhone, yang sudah tersedia di App Store. -Amanz
APPLE Intelligence adalah teknologi kecerdasan buatan generatif Apple yang diintegrasikan secara mendalam pada iOS, macOS dan iPadOS.

Ringkasan AI
  • Apple Intelligence adalah teknologi AI generatif yang diintegrasikan pada iOS, macOS, dan iPadOS, tetapi percubaan awal kurang menonjol berbanding Galaxy AI oleh Samsung.
  • Siri masih memerlukan bantuan dari ChatGPT, dan Apple sedang dalam perbincangan untuk mengintegrasikan Google Gemini, yang mungkin akan tiba pada tahun 2025.
  • Pengguna Google Gemini boleh menggunakan aplikasi ini dengan ciri lengkap pada iPhone, yang sudah tersedia di App Store.

Walaupun konsep yang cuba dibawakan nampak menarik, percubaan awal kurang keunikan berbanding Galaxy AI oleh Samsung.
Siri juga masih dungu dan jika tidak boleh menjawab ia akan meminta bantuan ChatGPT. Akan datang, jika Siri tidak masih dungu – Google Gemini sedia membantu.
Apple Intelligence + ChatGPT
Sejak bulan Mac lepas telah kami laporkan yang Apple dalam perbincangan bersama Google untuk integrasi Gemini pada iPhone.
Kemudian pada Jun, ada petanda yang Gemini adalah salah satu model AI selain ChatGPT yang boleh digunakan bersama Apple Intelligence.
Laporan Mark Gurman melalui Power On menyatakan integrasi Gemini mungkin akan tiba pada tahun 2025. Namun tiada sebarang tarikh tetap adalah masih dalam iOS 18 atau iOS generasi baharu.
Untuk sementara waktu, jika anda adalah pengguna Google Gemini dan ingin menggunakannya pada iPhone dengan ciri dan fungsi lengkap – aplikasinya telah pun tersedia di App Store. -Amanz
#Apple #Gemini #Apple Intelligence #teknologi AI generatif
;