Google Gemini 2.0 Experimental Advanced kini boleh diuji pengguna berbayar
Amanz
Disember 18, 2024 13:10 MYT
Disember 18, 2024 13:10 MYT
GOOGLE Gemini 2.0 telah diperkenalkan dengan model 2.0 Flash sebagai salah satu model awal yang boleh diuji oleh pengguna.
Ringkasan AI
- Google memperkenalkan model baharu ini yang menjanjikan prestasi lebih pantas dan terhad untuk web sahaja.
- Model ini mampu memproses masalah matematik dengan cepat, melakukan kerja pengkodan, dan memahami penaakulan dengan lebih mendalam.
- Untuk mengakses model ini, pengguna perlu melanggan Google One AI Premium pada harga RM97.99 sebulan atau mendapatkan setahun percuma dengan pembelian Google Pixel 9.
Terbaharu, Google ingin pengguna berbayar mencuba model lain iaitu Gemini 2.0 Experimental Advanced. Model ini menjanjikan prestasi yang lebih pantas.
Gemini 2.0 Experimental Advanced atau Preview gemini-exp-1206 buat masa ini terhad untuk web sahaja.
Ia mampu memproses lebih banyak masalah matematik dengan pantas, melakukan kerja-kerja pengkodan dan boleh memahami penaakulan (reasoning) dengan lebih mendalam.
Dalam cubaan saya, ia berjaya menyelesaikan soalan Matematik tahap SPM dalam tempoh yang singkat dengan teks yang mudah difahami.
Kiraan juga lebih mudah diikuti berbanding sebelum ini yang sering mengelirukan.
Cuma, disebabkan ia masih di fasa eksperimen, Gemini 2.0 Experimental Advanced tidak boleh mengakses data terkini, tidak menyokong ciri unik Gemini lain dan mungkin tidak akan berfungsi seperti yang dijangkakan.
Untuk mengakses Gemini 2.0 Experimental Advanced ini, anda perlu melanggan Google One AI Premium pada harga $19.99 sebulan atau dapatkan setahun percuma dengan pembelian Google Pixel 9. -Amanz