GOOGLE dilapor sedang dalam persiapan memperkenalkan Gemini 2.0 pada Disember 2024 kelak.


Ringkasan AI
  • Google dijangka memperkenalkan Gemini 2.0 pada Disember 2024.
  • Teknologi AI baharu yang boleh mengambil alih pelayar web pengguna dan melaksanakan tugasan seperti kajian, pembelian, dan tempahan tiket.
  • Integrasi dengan perkhidmatan Google lain seperti emel dan kalendar memudahkan pengumpulan maklumat untuk pengguna.


Di samping itu, kini laporan susulan hadir mengatakan Google turut akan mempertontonkan teknologi berasaskan kecerdasan buatan baharu, yang boleh mengambil alih pelayar web seseorang pengguna, dan melaksanakan sejumlah tugasan.

Tugasan ini termasuk dalam melakukan kajian, melakukan pembelian, termasuk seperti menempah tiket penerbangan yang sesuai selepas membandingkan data daripada harga, kalendar dan sebagainya.

Projek pembangunan ini dikatakan menggunakan nama kod “Jarvis” – lebih kurang seperti pembantu maya Iron Man dalam filem terbitan Marvel.

Jarvis ini dikatakan akan dikuasakan oleh Gemini 2.0.

Dengan langkah ini, semestinya ia akan menarik untuk melihat apakah Google akan pertontonkan melalui Gemini 2.0 ini, selain bagaimanakah pesaing lain seperti OpenAI akan menawarkan produk mereka sebagai alternatif.

Google mempunyai beberapa kelebihan memandangkan pengguna turut menggunakan penyelesaian lain seperti emel dan kalendar di bawah Google – sekali gus memudahkan lagi pengumpulan maklumat berkaitan. -Amanz