Godiva tutup operasi kesemua 128 cawangan di Amerika Utara
Agensi
Januari 24, 2021 19:38 MYT
Januari 24, 2021 19:38 MYT
NEW YORK: Kemerosotan ekonomi akibat wabak COVID-19 menjejaskan banyak perniagaan di seluruh dunia.
Terbaharu, jenama coklat terkenal dari Belgium, Godiva.
Syarikat itu mengumumkan terpaksa menutup operasi semua 128 cawangan kedainya, termasuk kafe dan butik, di seluruh Amerika Utara menjelang musim bunga ini.
Hanya dua tahun lalu, syarikat itu merancang untuk membuka 2,000 kafe di seluruh dunia menjelang 2025.
Godiva membuka kafe pertamanya di New York pada April 2019.
“Kami fokus terhadap apa yang diperlukan oleh pelanggan dan apa yang mereka inginkan dalam tempoh ini.
“Sudah tentu, keputusan ini sukar kerana tentunya ramai pekerja akan terjejas.
"Kami berterima kasih kepada mereka yang melaksanakan tugas dengan baik selama ini, memberi momen indah kepada pelanggan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Godiva Chocolatier, Nurtac Afridi.
Walaupun Godiva menutup operasi kedai dan kafenya, ia masih boleh dinikmati pencinta coklat.
Produk Godiva masih dijual melalui makanan, ubat-ubatan dan beberapa kedai tertentu serta penjualan dalam talian.
Godiva memiliki dan mengendalikan lebih dari 600 kedai dan kafe di seluruh dunia. Buat masa ini, operasi kedai dan kafe di lokasi lain tidak terjejas.