Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan

Astro Awani
Oktober 5, 2024 09:00 MYT
Gitar tersebut akan dipamerkan semasa pertunjukan The Beatles Story di Liverpool untuk dua minggu akan datang. - Foto REUTERS
LIVERPOOL: Sebuah gitar elektrik yang pernah digunakan mendiang George Harrison dijangka akan mencecah lebih AS$800,000 (RM3.38 juta) dalam satu lelongan bulan depan.
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an ketika kumpulan Beatles mengadakan persembahan di Kelab Cavern.
Ia turut digunakan semasa Beatles mengadakan jelajah di Jerman dan menghasilkan rekod pertama untuk Polydor.
Julien's Auctions berkata, gitar Futurama merupakan gitar paling digunakan Harrison dan antara barangan paling berharga kumpulan Beatles.
Gitar tersebut akan dipamerkan semasa pertunjukan The Beatles Story di Liverpool untuk dua minggu akan datang.
Ia juga bakal dipamerkan di beberapa muzium di seluruh Eropah.
Gitar Futurama bakal di lelong pada 20 hingga 22 November di Amerika Syarikat.
#gitar #Futurama #George Harrison #terkini
;