Giorgio Napolitano dilantik Presiden Itali
Agencies
April 21, 2013 14:02 MYT
April 21, 2013 14:02 MYT
Parlimen Itali melantik Giorgio Napolitano sebagai Presiden bagi menyelesaikan kemelut politik negara itu.
Pelantikan Napolitano juga diharap dapat mempercepatkan pembentukan kerajaan baru Itali selepas pilihan raya umum Februari lalu.
Pada sesi pengundian pusingan keempat Napolitano mendapat majoriti mudah 504 undi bagi dilantik sebagai Presiden.
Napolitano sebelum ini menolak pelantikan semula disebabkan faktor usia.
Namun, keputusan itu dipertimbangkan semula selepas memikirkan masa depan negara terutama kegagalan pembentukan kerajaan selepas pilihan raya umum.
Itali memerlukan kerajaan yang kuat bagi menstabilkan semula ekonomi dan melakukan transformasi pilihan raya.
Dengan pelantikan itu Napolitano dijangka mengusahakan pembentukan kerajaan secepat mungkin dengan memanggil pemimpin-pemimpin parti yang menang pada pemilihan itu.
Sementara itu, di luar bangunan Parlimen, ribuan penunjuk perasaan membantah pelantikan Napolitano.
Secara tradisi, presiden Itali biasanya diberi mandat untuk satu penggal walaupun tiada peruntukan undang-undang menghalang pelantikan bagi penggal kedua.