Gila! Cerai isteri demi kahwini anak perempuan sendiri

Agensi
Februari 20, 2018 19:06 MYT
Steven sanggup menceraikan isterinya demi mengahwini anak perempuan Katie. -Foto DailyMail
Sekiranya seorang lelaki berlaku curang terhadap isteri dengan wanita lain, itu mungkin sudah biasa kita dengar. Tapi curang terhadap isteri dan melakukan sumbang mahram dengan anak perempuan sendiri? Ini tidak masuk akal!
Namun itulah yang berlaku kepada Alyysa Pladl yang dilanda kekecewaan selepas suaminya Steven Pladl, 42 tahun, sanggup menceraikannya untuk mengahwini anak perempuan mereka, Katie, 20 tahun.
Alyysa menyifatkan perbuatan itu satu pengkhianatan besar, lapor portal Daily Mail.
"Saya tidak tahu bagaimana mahu gambarkan perasaan saya ini; saya berasa geli dan dikhianati," ujar Alyysa.
Hubungan intim Steven dan Katie terbongkar selepas Alyysa menjumpai diari seorang lagi anaknya berusia 11 tahun yang menceritakan apa yang berlaku.
Diari itu menyatakan bahawa Katie ketika itu hamil dan bapa kepada bayi dalam kandungan itu adalah suami Allysa iaitu Steven.
Alyysa yang naik berang terus bersemuka dengan Steven dan meminta penjelasan berhubung dakwaan di dalam diari tersebut.
Steven walau bagaimanapun bertindak menceraikan Alyysa dan 'mengahwini' Katie walaupun salah di sisi undang-undang.
Pasangan 'suami isteri’ itu juga memuat naik gambar bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada September lalu juga gambar ‘perkahwinan’ mereka.
Kedua-dua Steven dan Katie walau bagaimanapun didakwa pada Januari atas tuduhan, antara lain, melakukan sumbang mahram.
Jika sabit kesalahan, mereka mungkin dipenjara hingga 10 tahun jika didapati bersalah.
Menurut laporan media, Steven dibebaskan dengan bon jaminan AS$1 juta (kira-kira RM4 juta), walau bagaimanapun Katie kekal dipenjarakan di Pusat Tahanan Wake County sementara menunggu perbicaraan ekstradisi pada 28 Februari.
#Alyysa Pladl #Katie #North Carolina #Steven Pladl #sumbang mahram
;