AS gesa Majlis Keselamatan PBB sokong Israel

Astro Awani
Ogos 1, 2024 00:00 MYT
Robert Wood menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk menyokong apa yang disebutnya sebagai "hak Israel untuk mempertahankan diri daripada serangan" daripada kumpulan seperti Hezbollah. - Foto REUTERS
NEW YORK: Timbalan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Robert Wood menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk menyokong apa yang disebutnya sebagai "hak Israel untuk mempertahankan diri daripada serangan" daripada kumpulan seperti Hezbollah.
Beliau turut menyeru majlis itu untuk meminta Iran bertanggungjawab atas sokongannya terhadap kumpulan tersebut serta dakwaan melanggar undang-undang antarabangsa.
“Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri daripada serangan daripada Hezbollah, dan pengganas lain,” kata Wood.
"Itulah yang dilakukan pada 30 Julai."
Wood berkata, walaupun AS tidak terlibat dengan tindak balas Israel pada 30 Julai di Lubnan, “tidak syak sama sekali Hezbollah bertanggungjawab atas serangan ini, yang menggunakan senjata Iran dan dilancarkan dari bahagian Lubnan yang dikawal oleh Hizbullah. ”
Kata Wood, Iran juga perlu mematuhi resolusi Majlis Keselamatan sedia ada atau menghadapi langkah tambahan.
Dalam masa sama, beliau berkata: "Amerika Syarikat tidak menyedari atau terlibat dalam kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh," sambil menambah bahawa AS juga "tidak mempunyai pengesahan secara bebas mengenai dakwaan Hamas mengenai kematiannya." - CNN
#Majlis Keselamatan PBB #AS minta sokong Israel #Ismail Haniyeh #Ismail Haniyeh dibunuh