AS gesa Israel lindungi penduduk awam di Gaza
Astro Awani
April 4, 2024 07:15 MYT
April 4, 2024 07:15 MYT
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken akui polisi Washington terhadap perang di Gaza mungkin berubah.
Jelasnya, Israel perlu memperbaiki situasi kemanusiaan dan melindungi penduduk Palestin yang tidak berdosa atau berdepan perubahan polisi dari negara itu.
Kenyataan Blinken menyusul pasca serangan Israel ke atas petugas World Central Kitchen (WCK) yang mengorbankan tujuh orang.
Beliau sifatkan insiden itu sebagai tragik dan sewajarnya jadi yang terakhir.
"Berkenaan polisi di Gaza, jika kami tidak melihat perubahan dilakukan, polisi kami terhadap perang ini akan berubah," katanya.
Menurut Blinken, Presiden Joe Biden sudah menyatakan pendirian AS kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang mahu rejim itu mengambil tindakan untuk melindungi orang awam, serta keperluan menguatkuasa gencatan senjata dengan segera.