Germanwings: DNA 78 mangsa nahas ditemui
AFP
Mac 30, 2015 10:34 MYT
Mac 30, 2015 10:34 MYT
Pasukan forensik menemui 78 lembar DNA berbeza daripada cebisan mayat mangsa di lokasi nahas Germanwings di Alps Perancis.
"Pencarian kami tidak menemui satu pun jasad yang masih utuh," kata Timbalan Pengarah institut penyelidikan jenayah polis, Patrick Touron sambil menambah yang misi terbabit amat sukar dan berbahaya.
"Cerun di sini di antara 40 hingga 60 darjah, ditambah pula dengan batu-batu yang longgar serta tanah yang cenderung untuk runtuh," kata Touron.
"Usaha ini ada kalanya perlu dilakukan dengan menakik turun."
Selain berusaha mengenal pasti dan membawa turun mayat, pasukan ini juga sedang mengenal pasti lokasi "kotak hitam" kedua yang masih belum ditemui setelah enam hari pencarian.
Pesawat Germanwings malang itu dikatakan merempuh sini banjaran pergunungan ini pada kelajuan 700 kilometer sejam, membunuh kesemua 150 penumpang dan kru.