Gereja seluruh dunia adakan upacara doa untuk mangsa MH17

Bernama
Julai 20, 2014 13:58 MYT
Upacara bacaan doa khas untuk mangsa Penerbangan MH17 diadakan di gereja Saint Bavo di Haarlem, Belanda. -EPA/Evert Elzinga
Gereja di seluruh dunia telah mengadakan upacara bacaan doa khas untuk mangsa dan keluarga pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia Khamis lepas.
Akhbar The Daily Telegraph yang berpejabat di Australia di laman webnya berkata rakyat Ukraine mengadakan upacara berdoa di Gereja St Andrews di Lidcombe pada Sabtu.
Akhbar itu melaporkan kira-kira 100 orang yang berkabung berkumpul di Gereja Katholik St Mary Magdalene di Rose Bay, Australia semalam memberi penghormatan kepada guru dan biarawati, Sister Philomene Tiernan, seorang daripada mangsa nahas itu.
Upacara bacaan doa khas untuk mangsa Penerbangan MH17 diadakan di gereja Saint Bavo di Haarlem, Belanda. -EPA/Evert Elzinga
Biskop Rom dan Paus Francis, Vatican City State, juga mengadakan upacara doa pada Jumaat untuk mangsa-mangsa tragedi berkenaan, menurut Catholic News Agency.
Agensi itu juga melaporkan bahawa Paus Francis menggesa semua pihak yang terlibat dalam konflik negara berkenaan berusaha mencari perdamaian.
Pesawat MAS itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 orang bila ia dilaporkan ditembak jatuh pada ketinggian 30,000 kaki di ruang angkasa Ukraine dekat sempadan Rusia.
#bacaan doa #gereja #mangsa #MAS #MH17 #seluruh dunia #Ukraine