Gereja Koptik Mesir tolak pertemuan dengan Naib Presiden AS
Agensi
Disember 9, 2017 01:53 MYT
Disember 9, 2017 01:53 MYT
Gereja Koptik Mesir telah menolak pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence semasa lawatannya lewat bulan ini sebagai membantah keputusan Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Dalam satu kenyataan, gereja itu "memohon diri dari menjadi tuan rumah kepada Mike Pence" sambil menyifatkan tindakan Presiden AS Donald Trump tidak kena pada waktunya serta tidak mempertimbangkan perasaan jutaan penduduk dunia.
Trump pada Khamis mengumumkan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, dan mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Keputusan itu menimbulkan kemarahan dunia termasuk Malaysia yang mahu negara itu mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia dilihat sebagai satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.
Sebelum ini, Imam Besar Al-Azhar Al Sharif Mesir, Prof Dr Ahmed Mohamed Al-Tayyeb, turut membatalkan pertemuan dengan Pence.
Agensi Berita Islam Antarabangsa (UNA) melaporkan, Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar AS di Kaherah telah menghantar permohonan pertemuan tersebut minggu lepas.
#Amerika Syarikat
#Baitulmaqdis
#Donald Trump
#gereja Coptic
#Israel
#Mesir
#Mike Pence
#Naib Presiden AS
#presiden as