Gerakan demokrasi Thailand gesa Jerman siasat Raja Vajiralongkorn
Astro Awani
Oktober 27, 2020 09:32 MYT
Oktober 27, 2020 09:32 MYT
PROTES pro-demokrasi di Thailand mendesak Kedutaan Jerman supaya memohon kepada Canselor Angela Merkel untuk melancarkan siasatan ke atas Raja Thailand.
Penunjuk perasaan mempersoalkan sama ada Raja Vajiralongkorn membuat sebarang keputusan politik sebagai pemimpin ketika berada di Jerman.
Tiga peserta protes mengemukakan surat kepada Kedutaan Jerman di Bangkok pada Isnin malam, menggesa siasatan dijalankan.
Mereka mendakwa, tindakan oleh Raja itu boleh menjadi kesalahan kerana melanggar hak kedaulatan Jerman.
Menteri Luar Jerman Heiko Maas pada sidang Parlimen sebelum ini mengetengahkan persoalan tentang tindak-tanduk Raja Thailand di negara itu.
Bercakap di Berlin, Maas menjelaskan, kerajaannya sering memantau aktiviti Raja Vajiralongkorn.
Katanya, jika sebarang aktiviti didapati melanggar undang-undang, kerajaan Jerman akan mengambil tindakan.
Vajiralongkorn banyak menghabiskan masa di Jerman, namun ia mula dipersoalkan selepas kematian ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 2016.
Kini beliau dibenarkan berada di luar negara tanpa perlu melantik seorang wakil sebagai pengganti.
#Jerman
#Thailand
#Parlimen
#Angela Merkel
#politik
#kerajaan
#protes
#siasatan
#Penunjuk perasaan
#Raja Vajiralongkorn
#Heiko Maas
#Kedutaan Jerman
#kedaulatan