Gerabak keretapi tiba di Kharkiv
AFP
Julai 22, 2014 17:13 MYT
Julai 22, 2014 17:13 MYT
Keretapi yang membawa 280 mayat nahas Penerbangan Malaysia pesawat MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia, tiba di Kharkiv, sebuah bandar yang dikawal kerajaan, wartawan AFP yang berada di sana melaporkan.
Gerabak hawa dingin yang membawa mayat itu tiba di stesen keretapi tersebut untuk diserahkan kepada pakar dari Netherlands sebelum diterbangkan ke negara tersebut hari ini.
Seramai 298 penumpang dan anak kapal berada dalam pesawat malang itu yang dikatakan telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari darat di ruang udara antara sempadan Ukraine-Rusia pada Khamis lepas.