Genosid di Gaza: Hentikan penjualan senjata kepada Israel sekarang! - Jeremy Corbyn

Astro Awani
November 15, 2024 16:50 MYT
CORBYN: Ada sebab mudah mengapa kerajaan UK enggan mengakui genosid di Gaza. Jika dilakukan, mereka akan mengakui penglibatan dalam salah satu jenayah terbesar masa kini. -Gambar fail/Reuters
LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) didakwa enggan mengaku perang di Gaza sebagai genosid kerana ia akan mengesahkan penglibatan mereka dalam salah satu jenayah terbesar masa kini.

Ringkasan AI
  • Jeremy Corbyn mendakwa kerajaan UK enggan mengakui genosid di Gaza kerana ia akan mengesahkan penglibatan mereka dalam jenayah tersebut.
  • Corbyn menyeru kerajaan UK untuk menghentikan semua penjualan senjata kepada Israel.
  • Pada September lalu, UK menggantung 30 daripada 350 lesen eksport senjata ke Israel, tetapi penggantungan ini dikritik kerana tidak mencukupi.

Bekas pemimpin Parti Buruh dan Ahli Parlimen bebas, Jeremy Corbyn dalam kenyataan di X turut menyeru kerajaan UK untuk menghentikan semua penjualan senjata kepada Israel.
"Ada sebab mudah mengapa kerajaan UK enggan mengakui genosid di Gaza.
"Jika dilakukan, mereka akan mengakui penglibatan dalam salah satu jenayah terbesar masa kini.
"Hentikan semua penjualan senjata kepada Israel, sekarang!" kata Corbyn yang dikenali sekian lama menyokong hak-hak Palestin dan menjadi pengkritik tegar terhadap dasar-dasar Israel.

There is a very simple reason why the UK government refuses to acknowledge the genocide in Gaza. If they did, they would be admitting their own complicity in one of the greatest crimes of our time. End all arms sales to Israel, now.

— Jeremy Corbyn (@jeremycorbyn) November 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada September lalu, UK mengumumkan penggantungan 30 daripada 350 lesen eksport senjata ke Israel, dengan alasan terdapat risiko jelas ia boleh digunakan dalam pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Namun, organisasi hak asasi manusia dan pakar menyatakan penggantungan itu tidak mencukupi kerana ia mengecualikan alat ganti penting untuk jet pejuang F-35.
#Jeremy Corbyn #Israel #genosid #Palestin
;